Tuesday 8 March 2011

PROGRAM GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA

Pada hari Rabu 2 Mac 2011, dan Khamis 3 Mac 2011, satu program sekolah di bawah anjuran Panitia Agama Islam, Persatuan Agama Islam dan Pergerakan Puteri Islam SMKIJC telah diadakan di mana bubur asyura dibuat bersama-sama dan diagihkan kepada seluruh warga SMKIJC. Inilah program yang dinanti-nantikan oleh semua warganya tidak kira samada berbangsa Melayu, Cina, India mahupun Serani. Inilah program yang mendukung aspirasi Kerajaan Malaysia iaitu 1 Malaysia. Syabas SMKIJC!!! Kalau boleh setiap tahun buat lagi!!!
2/3/2011 - Rabu petang. Puan Pengetua bersama guru dan pekerja sedang memotong bawang.
Semangat kerjasama dan silaturrahim terjalin erat.








No comments:

Post a Comment