Tuesday 8 March 2011

UJIAN PRESTASI 1 2011

Ujian Prestasi 1 2011 bermula pada hari Jumaat 4 Mac 2011 sehingga 11 Mac 2011. Pelajar dikehendaki sentiasa merujuk kepada Jadual Ujian tingkatan masing-masing. Pelajar diingatkan supaya:
1. tidak membawa pencil box atau pencil case ke dalam kelas semasa ujian dijalankan.
2. Meja kerusi hendaklah disusun mengikut masa peperiksaan dijalankan.
3. Beg sekolah hendaklah diletakkan di luar kelas atau di belakang kelas.
4. Semua buku dan barangan yang diletakkan di bawah meja pelajar haruslah dikosongkan semasa ujian dijalankan.

SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN SELAMAT MENJAWAB UJIAN!!!!!!

PELALIAN HPV UNTUK T1

Khamis, 3 Mac 2011 - Selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia, SMKIJC telah menerima kunjungan jururawat bertauliah untuk memberikan pelalian HPV kepada semua pelajar Tingkatan Satu secara percuma. Semua guru mata pelajaran yang berkenaan mengiringi pelajar ke Bilik Rawatan.







PERTANDINGAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR

1 Mac 2011, Selasa - KELAB BOLA TAMPAR SMKIJC telah mengadakan pertandingan persahabatan diantara SMKIJC dengan SMK Canossa Convent. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahli pasukan juga memberi pengalaman kepada mereka. Walau pun mengalami kekalahan, semangat pasukan itu yang dinilai. Cuba lagi!!!







Pengagihan Bubur Asyura 3 Mac 2011

Seawal jam 6 pagi, guru-guru dan pekerja telah hadir ke sekolah untuk terus menjayakan program bubur asyura yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga SMKIJC. Bubur asyura berjaya dimasak pukul 10 pagi dan diagihkan kepada pelajar pukul 11 pagi. TAHNIAH!!!


                            
                                








                                                                                                                          

PROGRAM GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA

Pada hari Rabu 2 Mac 2011, dan Khamis 3 Mac 2011, satu program sekolah di bawah anjuran Panitia Agama Islam, Persatuan Agama Islam dan Pergerakan Puteri Islam SMKIJC telah diadakan di mana bubur asyura dibuat bersama-sama dan diagihkan kepada seluruh warga SMKIJC. Inilah program yang dinanti-nantikan oleh semua warganya tidak kira samada berbangsa Melayu, Cina, India mahupun Serani. Inilah program yang mendukung aspirasi Kerajaan Malaysia iaitu 1 Malaysia. Syabas SMKIJC!!! Kalau boleh setiap tahun buat lagi!!!
2/3/2011 - Rabu petang. Puan Pengetua bersama guru dan pekerja sedang memotong bawang.
Semangat kerjasama dan silaturrahim terjalin erat.








PENYAMPAIAN HADIAH

SMKIJC memang terkenal dengan bakat dan kebolehan pelajar-pelajarnya yang sentiasa menggondol kejayaan di peringkat kawasan, daerah, negeri, kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. IJC BOLEH! TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA GURU-GURU YANG MEMBIMBING MEREKA!!!

Pertandingan Merentas Desa Kawasan Melaka Tengah
            
Pelajar mewakili sekolah bagi MSSM
















Pertandingan Gimnastik Artistik


Gimrama

Perhimpunan sekolah 1 Mac 2011

1. Cik Rosie Tay memulakan perhimpunan sekolah dengan acara Program Membaca.
Beliau mewarwarkan tentang Majalah PUSTAKAM berjudul Bunga Rampai di mana tahun ini mereka sedang mengumpul bahan sumbangan seperti rencana, esei, kartun, tulisan khat atau sebagainya dari murid dan juga guru sempena ulangtahun ke 30. Hasil boleh dipelbagaikan walaupun dalam bahasa Cina, Tamill, Inggeris, Jawi juga Melayu. Program membaca kali ini dipersembahkan oleh 3 orang pelajar iaitu pelajar T6, T5 dan T2. Tajuk mereka ialah 7 steps to maintain friendship, Puisi Melayu Tradisional dan Seloka. Sangat menarik didengar...SYABAS!!!