Thursday 5 May 2011

SPM 2010 -23 MAC 2011

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR SMKIJC YANG TELAH BERJAYA DI DALAM SPM 2010 di mana SMKIJC telah mencapai 99.1% lulus. SMKIJC telah mendapat tempat ke 3 bagi bilangan straight A's nya  dimana 32 orang pelajar telah mendapat straight A. Dari segi bilangan GPS, SMKIJC telah berjaya mencapai peningkatan dengan mendapat tempat ke 4 iaitu 2.77 berbanding tahun 2009 dengan GPSnya 3.34. Daripada 32 orang straight A's itu, 3 orang telah mendapat straight A+. TAHNIAH sekali lagi. Diharap SPM tahun 2011, akan bertambah lagi kecemerlangannya....


Suasana ibubapa dan pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM diumumkan

Pelajar-pelajar Straight A's SMKIJC bersama Tuan Pengetua

Salah seorang pelajar Straight A's

Lee Lu Ee merupakan anak kepada guru di SMKIJC yang mendapat Straight A's

LDP 1 26 MAC 2011

LDP KALI 1 merupakan pembukaan LDP yang sangat menarik hati semua guru-guru di SMKIJC. Tidak terasa masa berjalan begitu pantas, 6 jam LDP kali 1 telah berlalu. Terima kasih tidak terhingga kepada Mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka iaitu Tuan Haji Rahim bin Haji Husin. Satu diskusi yang menarik apabila beliau mengutarakan tajuk WHAT MONEY CAN BUY?

A BED BUT NOT SLEEP
BOOKS BUT NOT BRAIN
FOOD BUT NOT APPETITE
FINERY BUT NOT HOME
MEDICINE BUT NOT HEALTH
LUXURIES BUT NOT CULTURE
AMUSEMENT BUT NOT HAPPINESS
RELIGION BUT NOT SALVATION

TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KAMI BANYAK PELUANG UNTUK KAMI BERFIKIR DAN BERFIKIR....

Tuesday 8 March 2011

UJIAN PRESTASI 1 2011

Ujian Prestasi 1 2011 bermula pada hari Jumaat 4 Mac 2011 sehingga 11 Mac 2011. Pelajar dikehendaki sentiasa merujuk kepada Jadual Ujian tingkatan masing-masing. Pelajar diingatkan supaya:
1. tidak membawa pencil box atau pencil case ke dalam kelas semasa ujian dijalankan.
2. Meja kerusi hendaklah disusun mengikut masa peperiksaan dijalankan.
3. Beg sekolah hendaklah diletakkan di luar kelas atau di belakang kelas.
4. Semua buku dan barangan yang diletakkan di bawah meja pelajar haruslah dikosongkan semasa ujian dijalankan.

SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN SELAMAT MENJAWAB UJIAN!!!!!!

PELALIAN HPV UNTUK T1

Khamis, 3 Mac 2011 - Selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia, SMKIJC telah menerima kunjungan jururawat bertauliah untuk memberikan pelalian HPV kepada semua pelajar Tingkatan Satu secara percuma. Semua guru mata pelajaran yang berkenaan mengiringi pelajar ke Bilik Rawatan.







PERTANDINGAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR

1 Mac 2011, Selasa - KELAB BOLA TAMPAR SMKIJC telah mengadakan pertandingan persahabatan diantara SMKIJC dengan SMK Canossa Convent. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahli pasukan juga memberi pengalaman kepada mereka. Walau pun mengalami kekalahan, semangat pasukan itu yang dinilai. Cuba lagi!!!







Pengagihan Bubur Asyura 3 Mac 2011

Seawal jam 6 pagi, guru-guru dan pekerja telah hadir ke sekolah untuk terus menjayakan program bubur asyura yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga SMKIJC. Bubur asyura berjaya dimasak pukul 10 pagi dan diagihkan kepada pelajar pukul 11 pagi. TAHNIAH!!!


                            
                                








                                                                                                                          

PROGRAM GOTONG-ROYONG BUBUR ASYURA

Pada hari Rabu 2 Mac 2011, dan Khamis 3 Mac 2011, satu program sekolah di bawah anjuran Panitia Agama Islam, Persatuan Agama Islam dan Pergerakan Puteri Islam SMKIJC telah diadakan di mana bubur asyura dibuat bersama-sama dan diagihkan kepada seluruh warga SMKIJC. Inilah program yang dinanti-nantikan oleh semua warganya tidak kira samada berbangsa Melayu, Cina, India mahupun Serani. Inilah program yang mendukung aspirasi Kerajaan Malaysia iaitu 1 Malaysia. Syabas SMKIJC!!! Kalau boleh setiap tahun buat lagi!!!
2/3/2011 - Rabu petang. Puan Pengetua bersama guru dan pekerja sedang memotong bawang.
Semangat kerjasama dan silaturrahim terjalin erat.








PENYAMPAIAN HADIAH

SMKIJC memang terkenal dengan bakat dan kebolehan pelajar-pelajarnya yang sentiasa menggondol kejayaan di peringkat kawasan, daerah, negeri, kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. IJC BOLEH! TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA GURU-GURU YANG MEMBIMBING MEREKA!!!

Pertandingan Merentas Desa Kawasan Melaka Tengah
            
Pelajar mewakili sekolah bagi MSSM
















Pertandingan Gimnastik Artistik


Gimrama

Perhimpunan sekolah 1 Mac 2011

1. Cik Rosie Tay memulakan perhimpunan sekolah dengan acara Program Membaca.
Beliau mewarwarkan tentang Majalah PUSTAKAM berjudul Bunga Rampai di mana tahun ini mereka sedang mengumpul bahan sumbangan seperti rencana, esei, kartun, tulisan khat atau sebagainya dari murid dan juga guru sempena ulangtahun ke 30. Hasil boleh dipelbagaikan walaupun dalam bahasa Cina, Tamill, Inggeris, Jawi juga Melayu. Program membaca kali ini dipersembahkan oleh 3 orang pelajar iaitu pelajar T6, T5 dan T2. Tajuk mereka ialah 7 steps to maintain friendship, Puisi Melayu Tradisional dan Seloka. Sangat menarik didengar...SYABAS!!!

Thursday 24 February 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1432H

Untuk tahun kali ke 2, Panitia Pendidikan Islam telah berjaya melaksanakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dengan berarak mengelilingi sekolah sambil berselawat beramai-ramai. Semua pelajar Islam di SMKIJC serta guru-guru Islam menyertai perarakan tersebut. SYABAS!!!!
Guru dan staf sedang bersiap sedia untuk berselawat

Syabas!! Berjaya melaksanakan tugas dengan baik

Pelajar sedang mengambil posisi untuk berselawat

Perarakan sekeliling sekolah sambil berselawat

Satu ceramah maulidurrasul juga telah diadakan di dewan sekolah oleh tetamu jemputan iaitu Ustazah Rohaya bte Mohamad Abdul Ghani
Ceramah maulidurrasul oleh tetamu jemputan

Staf SMKIJC sedang bersiap sedia untuk mendengar ceramah di dewan


Orang Kuat SMKIJC

Terima kasih daun keladi, kalau boleh datanglah lagi, insyaallah

Puteri-puteri PPIM SMKIJC sedang bersiap sedia menerima arahan dari ustazah

SENARIO HARI RABU

THINKING DAY

  • Tepat pukul 7.30 pagi, Pengerusi Rangers dan Girl Guides telah membunyikan wiselnya menandakan ahli mereka perlu berkumpul untuk menghormati 'Thinking Day' yang sepatutnya diadakan pada 22 Februari. Memandangkan hari Rabu, 23 Februari adalah Hari Kokurikulum peringkat sekolah, ahli Rangers dan Girl Guides berjaya melaksana dan menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat.

Tuesday 22 February 2011

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

ATURCARA MAJLIS:
1. PROGRAM NILAM SEKOLAH


  • Pn Maszelimon sebagai ketua guru nilam SMKIJC mengingatkan pelajar tentang setiap tugas jawatankuasa nilam yang ditubuhkan bagi setiap tingkatan
  • Setiap tingkatan telah dibekalkan dengan brosur kemahiran membaca dan kemahiran belajar yang perlu ditampal di papan kenyataan setiap tingkatan, dibaca dan dipraktikkan oleh pelajar
  • Matlamat jawatankuasa nilam SMKIJC ialah untuk menghasilkan calon tokoh nilam negeri
  • Wakil Tingkatan 5 Sains 4 dan Tingkatan 6 Atas telah berani tampil ke hadapan untuk berkongsi bacaan mereka.

2. Laporan guru bertugas pada minggu ini mempamerkan beberapa kejayaan dalam bidang kokurikulum SMKIJC iaitu, Ping Pong, Golf, Skuasy dan Renang


3. Ketua bidang Kemanusiaan mengingatkan kepada warga SMKIJC tentang pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah yang telah berlangsung pada 21 Februari 2011 yang lepas. Program 5 minit sebelum kelas berakhir akan terus dilaksanakan dimana 2 markah demerit akan ditolak sekiranya kelas dalam keadaan kotor.

4. AMANAT PUAN PENGETUA

  • tahap kebersihan sekolah telah meningkat
  • pengumuman keputusan STPM 2010 di mana kualiti telah meningkat dari 1.4 ke 2.31. Seorang pelajar telah mendapat 'four flat' dan 14 orang mencapai CGPA melebihi 3
  • mengingatkan pelajar tentang ponteng sekolah tanpa sebab dan hukuman serta tindakan terhadap pelajar tersebut
  • penggunaan telefon bimbit di sekolah adalah dilarang sama sekali
  • mengingatkan pelajar tentang TOKOH NILAM, penyampaian mestilah secara spontan

Monday 21 February 2011

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sebagai Ketua Guru Penyelaras ICT di SMKIJC, saya diberi mandat untuk mengemaskinikan laman web dan mencipta blog sekolah bagi merealisasikan anugerah yang diberi kepada sekolah sebagai sekolah 5-star rating. Walaupun saya bukanlah guru yang berlatarbelakangkan pendidikan ICT, tetapi dengan keinginan ingin mencuba yang sangat tinggi, saya terima dengan hati terbuka dan lapang fikiran semata-mata untuk memartabatkan lagi SMKIJC di bidang ICT walaupun serba serbi kekurangan. Saya yakin dgn sedikit kemahiran yang saya ada, dapat dikongsi bersama-sama dengan semua warga pendidik di SMKIJC. Harapan saya yang juga matlamat saya untuk tahun ini ialah untuk menghasilkan sebanyak mungkin blog mengikut subjek yang dapat di'link'kan dan dikongsi bagi kebaikan dan kegunaan para pelajar mahupun guru-guru. Insyaallah

SEKILAS PANDANG TENTANG SMKIJC

Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent, commonly referred to as Infant Jesus Convent (IJC) is a secondary school for girls in the city of Melaka, Malaysia. It is also sometimes referred to as the Main Convent or the French Convent (as opposed to the Portuguese Convent, Cannossa).
SMK Infant Jesus Convent Melaka is a semi-government funded daily school. This means that syllabus and school activities are regulated by the Ministry of Education, but the school receives little help for repairing and maintaining its condition, because the land is still under church authority.
As of 2008, IJC is the last remaining IJ Convent in Malaysia whose land is still under church authority.

LOCATION:

IJC is located in the heart of Melaka town, and is a stone's throw away from the historic A Famosa fort and a number of shopping malls. It is situated exactly in front of SK Convent Infant Jesus 1 and 2, its primary sister schools. IJC is located on Jalan Parameswara, which was named after the Palembang prince credited for the opening of Melaka around 1402.

SMK INFANT JESUS CONVENT

Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent, commonly referred to as Infant Jesus Convent (IJC) is a secondary school for girls in the city of Melaka, Malaysia. It is also sometimes referred to as the Main Convent or the French Convent (as opposed to the Portuguese Convent, Cannossa).
SMK Infant Jesus Convent Melaka is a semi-government funded daily school. This means that syllabus and school activities are regulated by the Ministry of Education, but the school receives little help for repairing and maintaining its condition, because the land is still under church authority.
As of 2008, IJC is the last remaining IJ Convent in Malaysia whose land is still under church authority.

LOCATION:

IJC is located in the heart of Melaka town, and is a stone's throw away from the historic A Famosa fort and a number of shopping malls. It is situated exactly in front of SK Convent Infant Jesus 1 and 2, its primary sister schools. IJC is located on Jalan Parameswara, which was named after the Palembang prince credited for the opening of Melaka around 1402.