Saturday, 10 March 2012

MESYUARAT AGUNG PPIM PN NEGERI MELAKA






Mesyuarat Agung PPIM Pn Negeri Melaka kali ke 11 tahun 2012 telah diadakan pada hari Jumaat lepas 9 Mac 2012 pada pukul 2 sehingga 6 petang di Dewan Seri Bendahara. Seramai lebih kurang 120 orang telah menghadiri mesyuarat agung tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK negeri yang terlibat. Mesyuarat telah dijalankan dengan lancar.

Thursday, 5 May 2011

SPM 2010 -23 MAC 2011

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR SMKIJC YANG TELAH BERJAYA DI DALAM SPM 2010 di mana SMKIJC telah mencapai 99.1% lulus. SMKIJC telah mendapat tempat ke 3 bagi bilangan straight A's nya  dimana 32 orang pelajar telah mendapat straight A. Dari segi bilangan GPS, SMKIJC telah berjaya mencapai peningkatan dengan mendapat tempat ke 4 iaitu 2.77 berbanding tahun 2009 dengan GPSnya 3.34. Daripada 32 orang straight A's itu, 3 orang telah mendapat straight A+. TAHNIAH sekali lagi. Diharap SPM tahun 2011, akan bertambah lagi kecemerlangannya....


Suasana ibubapa dan pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM diumumkan

Pelajar-pelajar Straight A's SMKIJC bersama Tuan Pengetua

Salah seorang pelajar Straight A's

Lee Lu Ee merupakan anak kepada guru di SMKIJC yang mendapat Straight A's

LDP 1 26 MAC 2011

LDP KALI 1 merupakan pembukaan LDP yang sangat menarik hati semua guru-guru di SMKIJC. Tidak terasa masa berjalan begitu pantas, 6 jam LDP kali 1 telah berlalu. Terima kasih tidak terhingga kepada Mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka iaitu Tuan Haji Rahim bin Haji Husin. Satu diskusi yang menarik apabila beliau mengutarakan tajuk WHAT MONEY CAN BUY?

A BED BUT NOT SLEEP
BOOKS BUT NOT BRAIN
FOOD BUT NOT APPETITE
FINERY BUT NOT HOME
MEDICINE BUT NOT HEALTH
LUXURIES BUT NOT CULTURE
AMUSEMENT BUT NOT HAPPINESS
RELIGION BUT NOT SALVATION

TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KAMI BANYAK PELUANG UNTUK KAMI BERFIKIR DAN BERFIKIR....

Tuesday, 8 March 2011

UJIAN PRESTASI 1 2011

Ujian Prestasi 1 2011 bermula pada hari Jumaat 4 Mac 2011 sehingga 11 Mac 2011. Pelajar dikehendaki sentiasa merujuk kepada Jadual Ujian tingkatan masing-masing. Pelajar diingatkan supaya:
1. tidak membawa pencil box atau pencil case ke dalam kelas semasa ujian dijalankan.
2. Meja kerusi hendaklah disusun mengikut masa peperiksaan dijalankan.
3. Beg sekolah hendaklah diletakkan di luar kelas atau di belakang kelas.
4. Semua buku dan barangan yang diletakkan di bawah meja pelajar haruslah dikosongkan semasa ujian dijalankan.

SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN SELAMAT MENJAWAB UJIAN!!!!!!

PELALIAN HPV UNTUK T1

Khamis, 3 Mac 2011 - Selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia, SMKIJC telah menerima kunjungan jururawat bertauliah untuk memberikan pelalian HPV kepada semua pelajar Tingkatan Satu secara percuma. Semua guru mata pelajaran yang berkenaan mengiringi pelajar ke Bilik Rawatan.







PERTANDINGAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR

1 Mac 2011, Selasa - KELAB BOLA TAMPAR SMKIJC telah mengadakan pertandingan persahabatan diantara SMKIJC dengan SMK Canossa Convent. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahli pasukan juga memberi pengalaman kepada mereka. Walau pun mengalami kekalahan, semangat pasukan itu yang dinilai. Cuba lagi!!!







Pengagihan Bubur Asyura 3 Mac 2011

Seawal jam 6 pagi, guru-guru dan pekerja telah hadir ke sekolah untuk terus menjayakan program bubur asyura yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga SMKIJC. Bubur asyura berjaya dimasak pukul 10 pagi dan diagihkan kepada pelajar pukul 11 pagi. TAHNIAH!!!